Followers

Monday, 4 July 2011

Minuman Kesihatan LOVE Berries Juice

LOVE Berries Juice yang dulu dikenali sebagai Antioksidan Beauty Juice. Minuman kesihatan ini mengandungi buah naga, bunga roselle, buah anggur dan buah daripada keluarga berries. 


Minuman ini dikenali sebagai LOVE Berries kerana kandungannya yang terdiri daripada hampir kesemua berries terdapat di dalamya. Berries tersebut adalah buah blueberry, buah cherry, buah bilberry, buah cranberry, buah strawberry dan buah raspberry.

Khasiat:
  • menurunkan kadar kolesterol darah
  • Hipertensi
  • Antiseptik
  • Mencegah risiko dari aterrosklerosis
  • Mengandungi antioksidan yang menghalang pembentukan kanser
  • Sebagai pengganti makanan
  • Sumber serat makanan
  • Menyingkirkan toksin dalam badan
  • Anti-inflamasi ( mencegah allergi kulit)
  • Mencegah penuaan
  • Meningkatkan kesihatan jantung
  • Meningkatkan fungsi otak dan mental
  • Menyokong penglihatan sihat
  • Meningkatkan kesihatan saluran kencing
  • Meningkatkan kesihatan kulit


Harga : RM59.90 ( Semenanjung )
RM69.90 ( Sabah/Serawak )






HQ 7LOVE


Kami sekarang beroperasi di ruang pejabat yang terletak di Jalan Sentul. Buat masa sekarang, pejabat kami sedang di ubah suai. Semua produk 7LOVE diedarkan oleh Tunas Restu Management Sdn. Bhd.

Friday, 17 June 2011

Promosi untuk menjadi Stokist

Syarat untuk menjadi Stokist 7LOVE.


1. 50 botol 7LOVE
2. 50 sabun buku 7LOVE
3. 50 kotak LOVE Berry's Juice (antioksidan Juice)


Buat masa sekarang ni, 2 produk baru kami iaitu sabun buku 7LOVE dan LOVE Berry's Juice hanya akan siap pada bulan hadapan. Kami membuka peluang kepada semua dengan hanya membeli 50 botol 7LOVE, anda layak untuk menjadi stokist kami.


Peluang ini kami tawarkan hanya pada bulan ini sahaja sehingga produk baru kami tiba. Rebutlah peluang ini untuk menjadi stokist dengan modal minima dan menjana pendapatan tambahan anda. Hubungi kami untuk keterangan lanjut. 7LOVE, haruman CINTA semulajadi untuk masakini.



Tuesday, 7 June 2011

Mandi bunga dikomersilkan di hotel dan resort

Menyelami keunikan mandi bunga
Pada kali ketujuh siraman air, pelancong ini kena menyimpan hasratnya sendiri sebelum menyiram air pada badannya.
MANDI Bunga merupakan ritual orang Melayu tradisional suatu ketika dulu, namun ia masih diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum sehingga hari ini.
Pada masa dulu, upacara mandi bunga dipercayai berasal dari istana yang diamalkan semasa istiadat pertabalan Sultan.
Raja atau sultan dan permaisurinya biasanya diberi mandi bunga semasa melawat kampung.
Rombongan mandi bunga tiba di Spa Village untuk proses mandi bunga yang terakhir.
Menurut kepercayaan lama juga, seseorang yang mandi bunga dipercayai dapat mencari pasangan hidupnya. Mengikut adat resam Melayu, pasangan akan mandi bunga tujuh hari sebelum upacara pernikahan.
Ia juga dikaitkan dengan penyucian diri dan pembersihan badan seseorang daripada segala perkara yang tidak elok atau jika ditimpa sebarang musibah.
Selain itu, mandi bunga turut dijalankan ke atas bayi yang baru dilahirkan. Yang pastinya badan bukan sahaja harum selepas menjalani mandi bunga, malah ia dipercayai bagus untuk kesihatan dalaman selain membersihkan tubuh badan kita.
Ruang menunggu sebelum menjalani adat mandi bunga.
Bagaimanapun, mandi bunga hari ini merupakan amalan biasa di spa-spa atau pun pusat rawatan kesihatan yang menyediakan pakej mandi bunga untuk para tetamunya.
Di pusat peranginan Tanjong Jara Resort, Terengganu misalnya, para tetamu berpeluang untuk menjalani proses atau adat mandi bunga dengan cara yang unik dan tersendiri.
Pasangan kekasih atau suami isteri diarak dari lobi ke Spa Village di hotel berkenaan untuk tujuan tersebut.
Ahli alamiah (naturalist), Tanjong Jara Resort, Kapten (B) Mokhtar Mohamad yang mengetuai perarakan mandi bunga itu berkata, ia bagi mendedahkan adat unik tersebut kepada para tetamu lain.
Katanya, ia melibatkan tujuh lelaki berpakaian pendekar membawa balang air atau buyong masing-masing untuk mengutip atau mengumpulkan air dari tujuh balang yang diletakkan di tempat berasingan.
“Air dalam tujuh balang itu melambangkan tujuh sumber air berlainan iaitu, air hujan, perigi, sungai, mata air, air terjun, tasik dan anak sungai,” jelasnya kepada Mingguan mStar.
Mengulas lanjut, Mokhtar memberitahu, setiap sumber air mencerminkan rahmat atau restu tersendiri.
Seorang pelancong mencedokkan air kepada tujuh 'pendekar' untuk dibawa ke pusat spa kemudian.
Air hujan melambangkan kesucian, air perigi (keikhlasan dan kesihatan), air sungai (keikhlasan), mata air (kecantikan), air terjun (kegembiraan), air tasik (kemakmuran) dan air air anak sungai (usia yang panjang).
Sebelum perarakan bermula, pasangan mandi bunga ditatariaskan terlebih dahulu. Lelaki dipakaikan tengkolok sementara wanita pula dikenakan selendang dan disisipkan bunga raya pada telinganya.
Perarakan diketuai sebanyak lima orang pemain gamelan mengalunkan irama mengasyikkan. Biasanya, 20 hingga 30 orang terlibat. Adalah dipercayai lebih ramai pemain dapat menghasilkan bunyi yang lebih baik.
Mereka diikuti wanita membawa sirih junjung dan disusuli pasangan yang diraikan dalam perarakan mandi bunga.
Limau, halia, bunga mawar dan cengkih adalah antara inti untuk membuat minuman panas atau sejuk. Para pengunjung spa disediakan minuman sebelum mandi bunga.
Sebanyak tujuh wanita pula membawa tujuh jenis bunga yang wangi dan berwarna-warni antara lain bunga mawar, melur, cempaka dan lain-lain. Tujuh lelaki membawa tujuh balang untuk diisikan dengan air.
Kemudian, setibanya di Spa Village, tujuh lelaki yang membawa pasu air tersebut akan menuangkan air ke tiga balang berusia 173 tahun, diperolehi dari bangkai kapal Desaru.
Air dalam tiga balang tersebutlah yang akan digunakan untuk memandikan pasangan tersebut.
Menurut Mokhtar lagi, hanya tujuh cedokan air digunakan untuk memandikan mereka.
“Setiap kali air dicedok untuk membasahkan mereka dari kepala hingga ke jari kaki, pekerja akan melafazkan ‘untuk kesucian, untuk keikhlasan, untuk kesihatan, untuk keikhlasan, untuk kecantikan, untuk kegembiraan dan untuk kemakmuran.
“Bagi cedokan ketujuh, pekerja tidak akan berkata apa-apa. Sebaliknya, pasangan itu diminta memasang hajat atau impian sebelum mereka dibasahkan dengan cedokan air buat kali ketujuh,” katanya.

Friday, 27 May 2011

Khasiat Limau


Pengenalan kepada tanaman jangka sederhana iaitu limau di Malaysia. Kebanyakan limau yang popular adalah dari keluarga  Jenis limau yang popular diusahakan ialah limau nipis (Citrus Aurantifolia) , limau kasturi/kesturi (Citrus madurensis), limau purut  (Citrus hystrix),  limau manis dan limau bali (Citrus grandis).
  • Limau Nipis a.k.a Lime
  • Limau Kasturi a.k.a Musklime
  • Limau Purut a.k.a Kaffir lime
  • Limau Bali a.k.a Pomelo
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini seperti mukmin: bagus dirasa & bagus dihidu".Limau menguatkan organ hati & menjauhkan kesedihan & bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan & melambatkan pengaliran dlm hempedu.
1.0 LIMAU NIPIS


Khasiat & Kegunaannya
Limau nipis juga boleh dijadikan air yang menyegarkan untuk diminum semasa hari panas terik. Ia turut dicampurkan kepada air teh o bagi menambahkan kelazatan.
Menurut buku Food That Harm Food That Heal, meminum air limau ini sebiji sehari, akan meningkatkan daya tahan tubuh dari serangan virus. Vitamin C yang tinggi dari buah ini akan menyediakan antioksidan untuk menjinakkan radikal bebas dalam tubuh. Sementara sejumlah mineral, potasium di alamnya bermanfaat untuk membantu mengatur tekanan darah dan fungsi jantung, serta vital untuk memelihara kelenturan otot dan memperlancar sistem saraf.
Jus buah limau nipis membunuh kuman disenteri, kolera dan tifoid. Asid sitrik yang terkandung dalam limau nipis berkesan menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Asid sitriknya juga boleh digunakan untuk melegakan perut dan melancarkan penghadaman. Limau nipis juga mengandungi vitamin A.
Minyak yang diperah daripada kulit buah limau nipis digunakan sebagai pewangi dan aroma terapi dalam perubatan alternatif. Asid sitrik daripada jus limau nipis digunakan dalam industri makanan, minuman, farmasi dan dalam proses mewarnakan kain.
2.0 LIMAU KASTURI


Khasiat & Kegunaannya
Minuman (perahan segar ataupun dicampur ke dalam teh ~teh o ice limau satu). Limau kasturi mampu menyejukkan badan dan menghilangkan dahaga dengan lebih berkesan.
Bahan perasa: Bubuh kat sambal belacan atau cencaluk. Kebanyakan masakan sup menggunakan limau kasturi atau limau nipis.
3.0 LIMAU PURUT



Khasiat & Kegunaannya


Limau purut sering kali digunakan dalam perubatan tradisi Melayu. Limau purut sangat sesuai digunakan dalam mandi bunga. Tujuannya untuk menghilangkan bau badan dan membuang aura negatif dalam badan. 
Buah dan daunnya juga digunakan sebagai bahan masakan dalam masakan Thai (tomyam, paprik) dan Melayu (rendang).
Ada perusahaan yang memajukannya sebagai produk konsumer seperti sabun kecantikan, shampoo, barangan kosmetik, dan produk kosmetik.
Air limau purut juga merupakan bahan anti karat (anti-rust). 
4.0 LIMAU BALI


Khasiat & Kegunaannya
Biasanya dimakan segar atau diproses menjadi jus. Buah limau Barli banyak terdapat di Tambun, Perak dan dijual sepanjang jalan ke negeri tersebut.
Petua melayu untuk khasiat buah limau



PETUA MELAYU: Menyembuhkan Demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.
PETUA MELAYU:  Melegakan Batuk
Ambil air limau nipis satu sudu teh. Campur dengan kicap manis. Minumlah tiga kali sehari. Cara lain untuk mengubati batuk ialah dengan memanggang limau nipis sebentar di atas api. Biarkan sebentar hingga menjadi suam-suam kuku, belah buah limau nipis tersebut, lalu langsung perah ke dalam mulut hingga mengalir ke tekak. Resipi ini baik juga untuk menyembuhkan selsema
PETUA MELAYU: Menghentikan tabiat merokok
Menghentikan kebiasaan merokok.. Hisaplah sehiris limau nipis. Rasanya yang masam segar membuat anda terangsang untuk minum air putih. Lakukan beberapa kali sehari. Cara ini selain mengurangi keinginan untuk merokok, juga membantu membersihkan nikotin yang sudah terdapat pada gigi dan mulut.
PETUA MELAYU: Menghilangkan bau badan
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.

Kandungan asas di dalam setiap buah limau
KandunganSetiap 100g Bahagian
Yang Boleh Dimakan
Tenaga44.0 kcal
Air88.0 g
Protein0.7 g
Karbohiderat10.4 g
Serat0.6 g
Abu0.6 g
Kalsium14.0 g
Besi0.6 mg
Beta Karoten200 ug
Vitamin B10.03 mg
Vitamin B20.03mg
Vitamin C44.8mg

Tuesday, 3 May 2011

Apa Radikal Bebas dan Antioksidan?


Radikal bebas adalah merupakan suatu molekul atau atom yang sangat tidak stabil karena memiliki satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan. Elektron tak berpasangan tersebut akan berusaha mencari electron lain untuk menjadi pasangannya. Jika elektron yang diambil menjadi pasangannya adalah electron dari molekul dalam sel-sel tubuh kita maka terjadilah perubahan dan penyebab kepada proses penuaan, atau lebih merbahaya lagi menjadi sel-sel kanser. Lihat apa yang terjadi kepada buah apple yang telah dikupas dan dibiarkan terdedah kepada udara sekelilingnya? – ianya bertukar warna menjadi kekuningan kesan dari Radikal Bebas di udara. Secara mudahnya...




Apa maksud Radikal Bebas?

Apabila sel-sel tubuh menggunakan oksigen (yang diperlukan untuk hidup dan melaksanakan fungsi-fungsi normal tubuh), ia akan menghasilkan produk sampingan yang disebut sebagai radikal bebasRadikal bebas adalah penyebab kepada kerosakan sel tubuhBanyak masalah kesihatan seperti penyakit jantungsembelitdiabeteskanser dan lain-lain. Kerosakan sel-sel pada tubuh adalah berpunca daripada oksidatifNamunkerosakan ini boleh dihalang oleh Antioksidan.



Apa sebenarnya Antioksidan?

Antioksidan dapat meneutralkan kesan kerosakan sel-sel yang disebabkan oleh sel-radikal bebas.
Antioksidan adalah zat yang dapat melambatkan atau mengelakkan kerosakan sel oksidatif tubuh kitaBagaimana caranyaAntioksidan mempunyai kelebihan bekalan elektron bebas.Dengan memberikan elektron ini percuma ke radikal oksigen aktifantioksidan boleh meneutralkan potensi pengoksidaan tinggi, sehingga melindungi rangkaian sihatIa  berfungsi sebagai "peneutral radikal bebas", kerana ia meneutralkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas.

Selain itupengambilan antioksidan dalam jumlah yang cukup melalui nutrisi, telah terbuktidapat meningkatkan sistem pertahanan tubuh serta mampu menurunkan risiko kanser dan jangkitan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...