Followers

Tuesday, 22 March 2011

Produk 7LOVE



Jika kita mengkaji sejarah pemakanan dan petua-petua dahulu, kebanyakannya berunsurkan alam. Inilah yang menyebabkan orang tua dahulu lebih sihat dan ada diantara mereka yang hidup mencecah usia satu abad. Petua-petua mereka yang berunsurkan alam memberikan kesihatan yang baik, mampu mengawal penyakit, melakukan rawatan dan pemulihan banyak memberi faedah kepada mereka pada ketika itu.
Apa yang ingin dikaitkan tentang kesihatan adalah petua orang tua dahulu tentang kaedah mandi bunga yang sering di amalkan oleh mereka. Bunga yang menjadi kegemaran mereka ialah bunga melur dan kemboja, bunga-bunga lain seperti bunga ros, teratai, loceng, jejarum dan bunga raya juga mendapat tempat di hati mereka. Kesegaran air bunga ini lagi menyegarkan apabila dicampurkan dengan limau purut atau pun limau nipis. Petua ini juga dikatakan supaya badan segar, wangi, wajah berseri-seri, badan sihat dan halau semangat jahat.
Dulu, ramai yang menyangka mandi bunga hanya boleh dilakukan oleh bakal pengantin yang mahu melangsungkan perkahwinan untuk menaikkan seri wajah pengantin sahaja. Kini, mandi bunga sudah menjadi satu trend dalam masyarakat kita. Ia boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja dalam peringkat umur, lelaki mahupun wanita. Antara kelebihan mandi bunga adalah dipercayai untuk menaikkan seri wajah agar lebih disayangi, menjadi perhatian, membuang penyakit, mendapat penghormatan, mendapatkan jodoh, serta menjalin hubungan lebih akrab antara suami isteri dan sebagainya.

Kaedah mandi bunga sekarang sudah diakui oleh pakar-pakar kecantikan dan merupakan rawatan alternatif sebagai satu cara meningkatkan aura. Maka dengan itu lahirlah 7 love yang dilhamkan oleh pengasasnya iaitu Puan Norhuda Binti Mohamad @ Abdullah yang menggunakan 7 extract bunga-bunga bagi memenuhi keinginan untuk kekal berseri. Ia juga amat mudah kerana boleh di lakukan bila-bila masa dan di mana jua. Ia mampu menjana organ dalaman agar sentiasa stabil dan berfungsi dengan baik. Boleh digunakan setiap hari sama ada bagi tujuan kesihatan, kecantikan, keharmonian rumah tangga, meningkatkan kecerdasan minda, meredakan tekanan perasaan menceriakan emosi dan sebagainya. 7 love juga berfungsi untuk mengatasai pelbagai jenis penyakit kulit seperti gatal-gatal, alahan, anti penuaan dan menghaluskan kulit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...