Followers

Thursday, 28 April 2011

Kandungan LOVE Berries Juice

1. Buah Naga

Secara amnya, pakar sependapat dan mengakui buah naga kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan berbanding buah-buahan lain yang diimport.


Kajian juga menunjukkan buah ini boleh mencegah kanser usus, selain mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan pada masa sama menurunkan kadar lemak dalam badan.

Secara keseluruhan, setiap buah naga merah mengandungi protein yang mampu mengurangkan metabolisma badan dan menjaga kesihatan jantung, serat (mengawal kanser usus, kencing manis dan diet), karotin (kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit), kalsium (menguatkan tulang) dan fosferos (pertumbuhan tisu badan).

Buah naga juga mengandungi :

* zat besi untuk menambah darah
* vitamin B1 (mengawal kepanasan badan)
* vitamin B2 (menambah selera)
* vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol)
* vitamin C (menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat)

Satu lagi fakta menakjubkan ialah berdasarkan kajian terkini, khasiat buah naga tidak terhad kepada buahnya, tetapi turut wujud pada keseluruhan pokok dan sering dijadikan pencuci mulut yang lazat.

2. Bunga Roselle

ROSELLE atau nama saintifiknya Hibiscus Sabdariffa L. yg dikatakan berasal dari Sudan, Afrika ini merupakan tumbuhan dlm keluarga bunga raya tetapi masih ramai yg belum benar2 mengetahui khasiatnya. Kebanyakan semua bahagian Bunga Roselle boleh digunakan antaranya bunga, daun, kelopak buah, biji dan akar

Jus Roselle mengandungi Vitamin C sebanyak 9x ganda jika dibandingkan dengan Oren, 3x ganda berbanding Anggur dan 2.5x ganda berbanding Blackcurrant.

Antara Kegunaan Bunga Roselle adalah seperti berikut :-
  • Batuk
  • Merawat demam
  • Darah tinggi

Kelopak buahnya dibuat ulam
  • Merawat ketagihan arak (alcohol)
  • Hepatitis
  • Menurunkan kandungan kolestrol dan lemak dalam darah
  • Membantu melancarkan pengaliran darah
  • Melawaskan pembuangan air besar

Kelopak buah diblend dibuat jus dan diminum
  • Mengurangkan penyakit ulser perut
Akar tunjang rozel direbus menjadi segelas air 
  • Ditambah air perahan kunyit,diminum bagi ulser yang kronik. 
  • Amalan meminum rebusan daunnya dapat mengurangkan penyakit kencing x lawas
  • Melancarkan pembuangan air kecil dan mengubati kencing kotor
Bunga rozel direbus dan diminum air rebusan tersebut

  • Menyejukkan badan dan meningkatkan pengeluaran peluh.

Biji rozel dibuat jus dan diminum
  • Merawat cirit birit dan berak berdarah
  • Membantu meningkatkan kesihatan mata dan mencegah rabun malam

Daun dibuat ulam
  • Menghilangkan parut dan mengubati luka
  • Kelopak buahnya dibuat jus, kordial dan bahan campuran dalam pembuatan biskut dan kek
  • Daunnya boleh dijadikan campuran ddalam masakan seperti tom yam dan sup. 

3. Buah Blueberry

Gambar kiri adalah buah blueberry manakala gambar di sebelah kanan adalah buah wild blueberry yang hidup liar di dalam hutan. Khasiat kedua2 blueberry ini adalah lebih kurang sama.


Pigmen-pigmen didalam buah ini kaya dengan khasiat antioksida, Vitamin C dan E. Buah ini juga mengandungi kepekatan pati antosanin yang tinggi - sejenis sebatian yang membantu melindungi dari sakit jantung, kanser dan gejala penyakit berkaitan usia seperti kabur penglihatan dan hilang daya ingatan jangka pendek.


Khasiat Blueberry:


Mengandungi Pottasium
  • mampu untuk mengawal tekanan darah bagi pesakit hipertension
  • mengurangkan risiko stroke
  • ia juga mengurangkan risiko penyakit osteoporosis
Mengandungi zat besi 
  • membantu meningkatkan pembentukan darah
Sebagai antioksidan
  • membantu merawat cancer
  • membaiki fungsi mata
Daun blueberry
  • Di minum sebagai tonik untuk menambah darah dan meredakan batuk.
Akarnya boleh dijadikan teh 
  • untuk meredakan sakit ketika melahirkan anak dan memberi ketenangan kepada ibu.

4. Buah Cherry

Seperti kebanyakan buah ceri yang tinggi kalium dan rendah natrium. Ini membantu menghalang pembendungan air dalam badan. Dengan makan cherry kita boleh mengurangkan berat badan. 


Cherry juga:-

  • Membantu memerangi kanser
  • Bantuan dalam pencegahan penyakit jantung
  • Meringankan rasa sakit dari Arthritis, gout, sakit kepala
  • Kemudahan gejala-gejala yang berkaitan dengan Fibromyalgia Syndrome
  • Menyediakan cara yang sehat untuk menghasilkan melatonin
  • Meningkatkan fungsi fisiologi dan mental

5. Buah Bilberry


Bilberry duduknya di kalangan makanan tambahan yang paling popular bagi memelihara mata yang sihat dan juga sebagai suplemen untuk:-
  • membantu berbagai-bagai jenis masalah mata seperti rabun malam, katarak dan degenerasi macular
  • Glaukoma ( Penyakit Mata Yang Beransur-Ansur Buta)
  • Pencegahan / Rawatan Artritis Reumatik
  • Penglihatan Yang Sihat
  • Pembentukan Kolagen
  • Buasir




6. Buah Cranberry


Kaya dengan Vitamin C, cranberry telah digunakan untuk merawat jangkitan - terutamanya jangkitan pada saluran kencing. Selain dari kaya dengan antioksida yang mampu mencegah penyakit jantung, ulser dan kanser dengan berkesan. 
Buah ini juga dpt:-
  • membantu merawat serangan asma.
  • mengurangkan kolesterol 
  • melindungi otak daripada kerosakan saraf berkaitan dengan usia.
  • Antibiotik Semulajadi ( E Coli, H Pylori)
  • Kesihatan Saluran Air Kencing
  • Prostatitis ( Radang Pada Prostat)
  • Anoreksia ( Wanita Mudah Hilang Nafsu Makan Kerana Takut Gemuk)




7. Buah Anggur

Khasiat buah anggur bukan hanya pada isinya tetapi pada kulit dan biji buah anggur.


Berikut khasiat buah anggur :

  • Untuk Kesihatan Jantung kerana mengandungi flavonoid dan resveratrol.
  • Mengubati Gangguan Pencernaan kerana mengandung magnesium. 
  • Kandungan serat yang tinggi dan mudahkan pembuangan air besar
  • Meningkatkan tenaga dalam tubuh karena kandungan zat besi dan mineral dalam sel darah merah 
  • Menghalang kanser
  • Mencegah Penuaan terdapat dalam biji anggur dan memiliki kekuatan antioksidan yang dipunyai vitamin A, C, dan E. 
  • Mencegah Kerusakan pada Gigi dengan kandungan tanin dalam anggur. 
  • Baik untuk meningkatkan keupayaan seks lelaki, menjaga kesuburan serta mencegah dan membantu mengatasi peradangan prostat.
  • Mengurangi gejala insomnia/sukar tidur. 





8. Buah Strawberry
Kepekatan tujuh zat antioksidan yang ada pada strawberry lebih tinggi dibandingkan buah atau sayuran lain. Strawberry merupakan buah yang efektif mencegah proses oksidasi pada tubuh (Oksidasi ialah hancurnya jaringan tubuh karena radikal bebas. Oksidasi juga bertanggung jawab pada proses penuaan).


Mau tahu khasiat strawberry?
  • Strawberry mampu menurunkan kadar kolestrol.
  • Strawberry dapat membantu melumpuhkan kerja aktif kanser
  • Strawberry dapat menghalang serangan stroke.
  • Strawberry mengandung zat anti alergi dan anti radang.
  • Strawberry yang kaya vitamin C sangat bermanfaat bagi pertumbuhan kanak2.
  • Strawberry yang hanya mengandungi sedikit gula juga sesuai untuk diet bagi pengidap diabetes.
  • Strawberry yang dimakan teratur dapat menghaluskan kulit dan membuat warna kulit terlihat lebih cerah dan bersih. 
  • Strawberry dapat memutihkan atau membersihkan permukaan gigi.
  • Strawberry dapat melawan kesakitan dan keradangan sendi.
  • Daun strawberry juga berkhasiat kerana memiliki zat astringent


9. Buah Rasberry

Buah Rasberry di ambil bersama bijinya sekali 



Manis, wangi dan kaya dengan vitamin dan fiber, raspberry membantu mmperlahankan proses penghadaman dan mengekalkan kadar metabolisme yang tinggi dan seterusnya membantu tubuh membakar lemak. 
  • Raspberry juga terkenal dengan khasiat anti-kanser yang handal.
  • berkhasiat sebagai pencuci perut yang ringan dan mengatasi masalah pencernaan.
  • bermanfaat pula untuk masalah haid kerana tingkat phytoestrogennya tinggi sehingga sangat membantu mengatasi haid yang tidak menentu, PMS, dan masalah menopause.
  • Daun raspberry juga merupakan ramuan herba tradisional yang dipercayai bermanfaat untuk kehamilan dan memperkuatkan kandungan. 
  • Teh dari daun raspberry juga digunakan untuk mengatasi masalah haid, termasuk krem yang mengganggu.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...