Followers

Tuesday 3 May 2011

Apa Radikal Bebas dan Antioksidan?


Radikal bebas adalah merupakan suatu molekul atau atom yang sangat tidak stabil karena memiliki satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan. Elektron tak berpasangan tersebut akan berusaha mencari electron lain untuk menjadi pasangannya. Jika elektron yang diambil menjadi pasangannya adalah electron dari molekul dalam sel-sel tubuh kita maka terjadilah perubahan dan penyebab kepada proses penuaan, atau lebih merbahaya lagi menjadi sel-sel kanser. Lihat apa yang terjadi kepada buah apple yang telah dikupas dan dibiarkan terdedah kepada udara sekelilingnya? – ianya bertukar warna menjadi kekuningan kesan dari Radikal Bebas di udara. Secara mudahnya...




Apa maksud Radikal Bebas?

Apabila sel-sel tubuh menggunakan oksigen (yang diperlukan untuk hidup dan melaksanakan fungsi-fungsi normal tubuh), ia akan menghasilkan produk sampingan yang disebut sebagai radikal bebasRadikal bebas adalah penyebab kepada kerosakan sel tubuhBanyak masalah kesihatan seperti penyakit jantungsembelitdiabeteskanser dan lain-lain. Kerosakan sel-sel pada tubuh adalah berpunca daripada oksidatifNamunkerosakan ini boleh dihalang oleh Antioksidan.



Apa sebenarnya Antioksidan?

Antioksidan dapat meneutralkan kesan kerosakan sel-sel yang disebabkan oleh sel-radikal bebas.
Antioksidan adalah zat yang dapat melambatkan atau mengelakkan kerosakan sel oksidatif tubuh kitaBagaimana caranyaAntioksidan mempunyai kelebihan bekalan elektron bebas.Dengan memberikan elektron ini percuma ke radikal oksigen aktifantioksidan boleh meneutralkan potensi pengoksidaan tinggi, sehingga melindungi rangkaian sihatIa  berfungsi sebagai "peneutral radikal bebas", kerana ia meneutralkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas.

Selain itupengambilan antioksidan dalam jumlah yang cukup melalui nutrisi, telah terbuktidapat meningkatkan sistem pertahanan tubuh serta mampu menurunkan risiko kanser dan jangkitan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...