Followers

Friday, 27 May 2011

Khasiat Limau


Pengenalan kepada tanaman jangka sederhana iaitu limau di Malaysia. Kebanyakan limau yang popular adalah dari keluarga  Jenis limau yang popular diusahakan ialah limau nipis (Citrus Aurantifolia) , limau kasturi/kesturi (Citrus madurensis), limau purut  (Citrus hystrix),  limau manis dan limau bali (Citrus grandis).
  • Limau Nipis a.k.a Lime
  • Limau Kasturi a.k.a Musklime
  • Limau Purut a.k.a Kaffir lime
  • Limau Bali a.k.a Pomelo
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini seperti mukmin: bagus dirasa & bagus dihidu".Limau menguatkan organ hati & menjauhkan kesedihan & bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan & melambatkan pengaliran dlm hempedu.
1.0 LIMAU NIPIS


Khasiat & Kegunaannya
Limau nipis juga boleh dijadikan air yang menyegarkan untuk diminum semasa hari panas terik. Ia turut dicampurkan kepada air teh o bagi menambahkan kelazatan.
Menurut buku Food That Harm Food That Heal, meminum air limau ini sebiji sehari, akan meningkatkan daya tahan tubuh dari serangan virus. Vitamin C yang tinggi dari buah ini akan menyediakan antioksidan untuk menjinakkan radikal bebas dalam tubuh. Sementara sejumlah mineral, potasium di alamnya bermanfaat untuk membantu mengatur tekanan darah dan fungsi jantung, serta vital untuk memelihara kelenturan otot dan memperlancar sistem saraf.
Jus buah limau nipis membunuh kuman disenteri, kolera dan tifoid. Asid sitrik yang terkandung dalam limau nipis berkesan menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Asid sitriknya juga boleh digunakan untuk melegakan perut dan melancarkan penghadaman. Limau nipis juga mengandungi vitamin A.
Minyak yang diperah daripada kulit buah limau nipis digunakan sebagai pewangi dan aroma terapi dalam perubatan alternatif. Asid sitrik daripada jus limau nipis digunakan dalam industri makanan, minuman, farmasi dan dalam proses mewarnakan kain.
2.0 LIMAU KASTURI


Khasiat & Kegunaannya
Minuman (perahan segar ataupun dicampur ke dalam teh ~teh o ice limau satu). Limau kasturi mampu menyejukkan badan dan menghilangkan dahaga dengan lebih berkesan.
Bahan perasa: Bubuh kat sambal belacan atau cencaluk. Kebanyakan masakan sup menggunakan limau kasturi atau limau nipis.
3.0 LIMAU PURUT



Khasiat & Kegunaannya


Limau purut sering kali digunakan dalam perubatan tradisi Melayu. Limau purut sangat sesuai digunakan dalam mandi bunga. Tujuannya untuk menghilangkan bau badan dan membuang aura negatif dalam badan. 
Buah dan daunnya juga digunakan sebagai bahan masakan dalam masakan Thai (tomyam, paprik) dan Melayu (rendang).
Ada perusahaan yang memajukannya sebagai produk konsumer seperti sabun kecantikan, shampoo, barangan kosmetik, dan produk kosmetik.
Air limau purut juga merupakan bahan anti karat (anti-rust). 
4.0 LIMAU BALI


Khasiat & Kegunaannya
Biasanya dimakan segar atau diproses menjadi jus. Buah limau Barli banyak terdapat di Tambun, Perak dan dijual sepanjang jalan ke negeri tersebut.
Petua melayu untuk khasiat buah limau



PETUA MELAYU: Menyembuhkan Demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.
PETUA MELAYU:  Melegakan Batuk
Ambil air limau nipis satu sudu teh. Campur dengan kicap manis. Minumlah tiga kali sehari. Cara lain untuk mengubati batuk ialah dengan memanggang limau nipis sebentar di atas api. Biarkan sebentar hingga menjadi suam-suam kuku, belah buah limau nipis tersebut, lalu langsung perah ke dalam mulut hingga mengalir ke tekak. Resipi ini baik juga untuk menyembuhkan selsema
PETUA MELAYU: Menghentikan tabiat merokok
Menghentikan kebiasaan merokok.. Hisaplah sehiris limau nipis. Rasanya yang masam segar membuat anda terangsang untuk minum air putih. Lakukan beberapa kali sehari. Cara ini selain mengurangi keinginan untuk merokok, juga membantu membersihkan nikotin yang sudah terdapat pada gigi dan mulut.
PETUA MELAYU: Menghilangkan bau badan
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.

Kandungan asas di dalam setiap buah limau
KandunganSetiap 100g Bahagian
Yang Boleh Dimakan
Tenaga44.0 kcal
Air88.0 g
Protein0.7 g
Karbohiderat10.4 g
Serat0.6 g
Abu0.6 g
Kalsium14.0 g
Besi0.6 mg
Beta Karoten200 ug
Vitamin B10.03 mg
Vitamin B20.03mg
Vitamin C44.8mg

2 comments:

  1. Salam kunjungan... terima kasih dgn info yg padat.. senang2 singgah la ke blog saay ;)

    http://www.zuwairiaiman.com

    ReplyDelete
  2. terima kasih !! senang kerja . huh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...